sᴇᴄʀᴇᴛ-

ATIQAH. TWENTYONE. EXOSTAN
REPLACE W/UR PROFILE





© Template by AtiqahJaidin
Image from TUMBLR | WHI
HAPPY HALLOWEEN !!!
Oct 25, 2013 | 0 comment[s]

sticky post until Oct 31 , 2013


Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober Setiap Tahun . Ia diraikan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitanahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Simbol Halloween dikaitkan dengan musim luruh dan watak-watak terkenal dan menyeramkan dari filem Amerika dan ahli pereka grafik. Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian, keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos. Watak yang sering dikaitkan dengan Halloween misalnya ialah watak syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk asing, ahli sihir, kelawar, burung hantu, burung gagak, burung bangkai, rumah hantu, kucing hitam, labah-labah, goblin, zombi, mumia, tengkorak, dan serigala jadian. Di Amerika Syarikat, simbol Halloween biasanya turut dikaitkan dengan tokoh dalam filem klasik dari Drakula hinggalah Frankenstein.
Hitam dan oren dianggap sebagai warna tradisional Halloween, walaupun sekarang banyak juga barang-barang Halloween yang berwarna ungu, hijau dan merah.
Labu yang merupakan hasil tuaian musim gugur di hemisfera beriklim sejuk sering dijadikan simbol Halloween, begitu pula orang-orang sawah sebagai penjaga hasil tuai. Simbol Halloween yang difahamkan secara sejagat adalah labu yang diukir membentuk wajah "menyeramkan" yang diberi nama Jack-o'-lantern. Untuk kelihatan lebih seram, pelita Jack-o'-lantern biasanya diletakkan di tempat gelap, kerana di dalam labu diletakkan lilin yang menyala atau lampu.

SELAMAT HARI HALLOWEEN !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


CREDIT